Monday, October 5, 2009

kelahiran

Haziq anak pertama ku yang lahir awal 3 minggu dari due sebenarnya. Seperti kelahiran-kelahiran pertama yang lain Haziq mengambil masa 4 jam untuk keluar melihat dunia dan memulakan kehidupannya. Tepat jam 12.28 minit tengahari, Haziq yang sepatutnya lahir pada 28 Disember 2000 mengkagumi suamiku yang menemaniku di labour room. Aku tahu suami bukan sahaja melihat anaknya lahir dalam serba kepayahan tetapi tergamam dengan kuasa Allah yang mengurniakan tenaga luar biasa untuk aku menjadikan dirinya seorang ayah... Kami sama-sama menitiskan air mata.. Namun dia sentiasa tersenyum seolah-olah tidak memahami kesakitanku. tetapi masa yang berlalu menjadikan aku lebih memahami senyumannya itulah yang memberi keyakinan kepada ku untuk bergelar ibu secepat mungkin.

Haziq, menjadikan aku ibu baru yang ternyata sangat kekurangan ilmu. Setiap hari perkara baru yang dilakukannya menjadikan aku pula yang terkial-kial mencari ilmu baru untuk mendewasakannya. Haziq.. anak comel yang mengkagumi sesiapa yang melihatnya. Dia comel dan sangat unik. Kepala dicukur sepenuhnya tetapi bila tumbuh, bahagian depan kepala sahaja.. walaupun kelihatan kelakar itulah haziq, samapai dewasa pun dengan keletahnya akan membuat orang tersenyum dan ketawa.

No comments:

Post a Comment