Monday, October 5, 2009

Diari juliet

Cita suara kekasih tak abih lagi...namanya pun kekasih.. Bukan senang nak dapat title kekasih tau. Dalam ramai-ramai 'tetamu' yang datang bertandang dalam diri seseorang mesti hanya ada satu yang benar-benar eksklusif untuk berada dalam hati. Kalau dah dapat capai title kekasih... apa pun words yang diucapkan akan menjadi sangat berharga... kalau kata-kata cinta mulalah terdengar-dengar setiap masa. Kalau ditaip kat sms pun rasa macam diucapkan sendiri oleh tuanya. Wah gitu... tapi kalau kata-kata berunsur kemarahan pulak hati akan menjadi sangat sensitif.

Cinta mampu memberi kegembiraan luar biasa pada seseorang. Percaya lah orang yang tak pernah experience benda-benda cam ni tak akan mengerti perasaan orang yang dilamun cinta. Cinta mampu berubah pendirian, menjadi pendorong dalam kehidupan, menyinarkan hari-hari yang suram, meredakan kesedihan dan berkata-kata pada hati yang kesunyian. Tapi awas kerana cinta juga, seseorang boleh lupa daratan, lupa tujuan, menjadi pendendam dan manusia yang penuh kelemahan.

Apa yang membezakan cinta ialah kematangan. Manusia yang boleh bercinta ialah manusia yang tidak pernah melupakan Tuhan kerana cinta yang suci pastinya rasa cinta yang terpelihara, unik dan mengundang kegembiraan bukan hanya pada diri sendiri tapi orang-orang lain yang mengetahuinya.

No comments:

Post a Comment